Tanggal 12 februari 2007 merupakan tarikh bermakna dalam hidup saya. Setelah 8 bulan menanti akhirnya sepucuk surat daripada JPS telah saya genggam. ini bermakna saya akan mengajar tidak lama lagi. dalam surat tersebut saya diarahkan untuk menghadiri perjumpaan guru - guru baru di ShahAlam. dalam perjumpaan tersebut guru - guru yang terpilih mengajar di Selangor telah diraikan dan penyampaian surat penempatan dilakukan sebagai simbolik memulakan kerjaya sebagai guru. lebih manis majlis simpolik tersebut telah memilih nama saya sebagai wakil untuk naik ke atas pentas yang disampaikan oleh ketua unit penempatan dan bertambah terujanya saya apabila penempatan yang saya terima adalah SMK MUNSHI ABDULLAH SABAKM BERNAM. Waktu tu Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya saya....rasa nak menjerit je untuk meluahkan rasa puas yang tidak terhingga. Insan yang lebih gembira adalah kedua ibu bapa saya, berkat doa mereka selama ini telah dimakbulkan.
Pada 21 februari 2007 tarikh tersebut bermulalah kerjayaku sebagai guru....di SMK Munshi Abdullah Sabak Bernam. saya sangat bertuah kerana dapat posting di sekolah yang hampir dengan rumah saya. Jadi dapat menjimatkan kos minyak, kos makan minum dan rumah sewa.
Di sekolah tersebut saya dapat menyesuaikan diri dengan mudah ini kerana kebanyakan guru yang mengajar di situ adalah saudara mara, maklumlah "kerabat guru".
Macam biasala baru bergelar guru semangat untuk mendidik anak bangsa sangat berkobar. Subjek yang saya ajar pada bulan pertama adalah Matematik,Bahasa Inggeris dan sejarah.
Telah banyak perkara yang telah saya pelajari bukan sahaja dalam P&P tetapi bidang pengkeranian juga perlu ditimba.


Kuala Lumpur Time